Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam
Fri, 24 Jan
|Kek Molek Cafe
Sesi ke-5 sharahan oleh Dr. Roslan Abd. Jelani
Time & Location
24 Jan 2025, 9:00 pm – 10:30 pm MYT
Kek Molek Cafe, 5436, Jalan J 9, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Guests
About the event
Bagi mengikuti sharahan secara langsung di atas talian, sila layari https://www.maratib.my/lecture-series/peri-ilmu. Sila ambil perhatian, penyertaan secara atas talian memerlukan pendaftaran dan pemilihan pakej langganan yang bersesuaian.
Sejauh mana Islam selaku tamadun yang berakar-umbikan Tanzil mampu menyelesaikan permasalahan ketara yang didokong kemodenan? Bagaimana faham-faham utama yang mencirikan tamadun Barat patut difahami dari sudut pandangan alam Islam? Apakah dengan menanggapi faham ilmu yang sebenar, insan mampu meraih ma'na hakiki kewujudan yang dialaminya? Apakah peranan diri insan dalam menggapai kesejahteraan abadi melalui pengabdian berterusan kepada Yang Maha Esa? — dan mampukah kesejahteraan tersebut dikecapi dalam medan sekular yang teramat kuat penentangannya terhadap agama dan segala pema’naannya?
Persoalan-persoalan sebegini telahpun ditelusuri Tan Sri Prof. Sayyid Muhammad Naquib al-Attas dalam Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Perbicaraan yang dicetuskan beliau seawal karya Risalah Untuk Kaum Muslimin dan Islam and Secularism, yang kemudian dilengkap-sempurnakan sebagai kerangka asas terhadap hakikat kewujudan dalam Prolegomena to the Metaphysics…