Kursus Kepimpinan Adabi
Mengembalikan Makna Diri, Akal Budi, dan Adab dalam Kepimpinan
Latar Belakang Kursus
Kursus ini dilaksanakan dengan melihat kepada keperluan untuk mensharahkan dan memperluaskan kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas dalam mengembalikan makna diri, menyempurnakan akal-budi, dan menyerap adab di kalangan pemimpin Muslimin.
Kecemerlangan seorang pemimpin merujuk kepada pencapaian ilmu yang benar dan keperibadian yang unggul bertunjangkan pandangan alam Islam.
Pandangan alam Islam adalah suatu pandangan alam yang berakar-umbikan al-Tawḥīd dan sejajar dengan matlamat untuk membentuk adab dan akhlak dalam kalangan pemimpin.
Objektif Kursus
-
Menghurai kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib al-Attas dan kepentingannya dalam menyelesaikan masalah utama kepimpinan.
-
Menjelaskan pengaruh sekular Barat dalam pemikiran dan tingkah laku kepimpinan.
-
Merumuskan faham adab sebagai asas utama dalam menzahirkan faham kepimpinan dan tadbir urus yang baik.
Kaedah Kursus
Siri ini mempunyai beberapa fasa yang akan bersambung dalam tempoh masa panjang. Setiap fasa akan meliputi dua modul dan setiap modul akan meliputi tiga tajuk utama yang berkaitan dengan modul masing-masing.
Setiap tajuk memerlukan 4 jam masa perbincangan. Setiap fasa kursus meliputi jangkamasa 3 bulan dan secara keseluruhan 24 jam masa pertemuan.
Kursus ini akan dilaksanakan secara bersiri meliputi sharahan dan perbincangan dalam kumpulan bersama pensharah yang bersandarkan kepada hujah-hujah manṭiqī serta diperhalusi dengan analisis teks dan kajian kes atau senario.