top of page

Peri Ilmu dan Pandangan Alam

005 Peri Ilmu

Maratib
005 Peri Ilmu
005 Peri Ilmu
RM
01:43:01

005 Peri Ilmu

Maratib
001 Peri Ilmu
RM
01:25:53

001 Peri Ilmu

002 Peri Ilmu
RM
01:20:04

002 Peri Ilmu

Sejauh mana Islam selaku tamadun yang berakar-umbikan Tanzil mampu menyelesaikan permasalahan ketara yang didukung kemodenan? Bagaimana faham-faham utama yang mencirikan tamadun Barat patut difahami dari sudut pandangan alam Islam? Apakah dengan menanggapi faham ilmu yang sebenar, insan mampu meraih ma'na hakiki kewujudan yang dialaminya? Apakah peranan diri insan dalam menggapai kesejahteraan abadi melalui pengabdian berterusan kepada Yang Maha Esa? — dan mampukah kesejahteraan tersebut dikecapi dalam medan sekular yang teramat kuat penentangannya terhadap agama dan segala pema’naannya?

Persoalan-persoalan sebegini telahpun ditelusuri Profesor Diraja Terpuji Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Perbicaraan yang dicetuskan beliau seawal karya Risalah Untuk Kaum Muslimin dan Islam and Secularism, yang kemudian dilengkap-sempurnakan sebagai kerangka asas terhadap hakikat kewujudan dalam Prolegomena to the Metaphysics of Islam, telah menerima nafas baharu menerusi penggunaan bahasa Melayu berilmiah pada peringkat tinggi dalam karya tersebut. Perbahasan yang meliputi ma‘na sebenar pandangan Islam terhadap hakikat kewujudan dan kesannya terhadap fahaman sekular yang dibawa Tamadun Barat diperincikan, dengan disulami sharahan terhadap istilah-istilah kunci yang menayangkan pandangan alam Islam sebagai ru’yat al-Islām li-l wujūd, yang mengambil kira ruang lingkup pengakuan dan pengi’tirafan terhadap perjanjian yang dimeterai insan dengan Tuhannya di hari Alastu.

Kandungan karya Profesor al-Attas ini dengan susunan hujah-hujahnya akan diberikan pencerahan serta dikaitkan kembali ke tradisi turath Islam oleh muridnya sendiri, Dr. Roslan Abd. Jelani. Sesi sharahan Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam ini akan dimanfaatkan dalam bentuk sharahan langsung supaya, dengan izin Allah, para peserta akan melihat dengan lebih jelas cabaran akliah dan ruhaniah yang kian meruncing, dan penawarnya sebagaimana yang digagaskan oleh Profesor Al-Attas.

Peri Ilmu Channel Image.png

Stay up to date with Maratib's offerings

bottom of page